BANGKOK: Thailand merampas lebih AS$300 juta (RM1.2 bilion) dalam bentuk aset dikaitkan dengan rangkaian jenayah yang menjalankan pusat penipuan bernilai berbilion dolar di Asia Tenggara. Menurut Perdana Menteri, Anutin Charnvirakul, pengumuman itu susulan tindakan pihak berkuasa di Asia, Eropah dan Amerika Syarikat (AS) terhadap Prince Holding Group dari Kemboja serta rangkaian perniagaannya di seluruh dunia, dengan penyitaan dan pembekuan aset bernilai berbilion dolar. Pada Oktober lalu, pihak berkuasa AS mendakwa…










