Tawaran gaji AS$555,000 lindungi manusia dari ancaman AI

Tawaran gaji AS$555,000 lindungi manusia dari ancaman AI

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAN FRANCISCO: OpenAI menawarkan gaji lumayan AS$555,000 (RM2.3 juta) setahun bagi mengisi jawatan baharu yang disifatkan paling mencabar dalam dunia kecerdasan buatan (AI).

Ketua Pegawai Eksekutif OpenAI, Sam Altman berkata, jawatan yang diberi nama ‘Ketua Kesiapsiagaan’ itu akan memikul tanggungjawab besar melindungi manusia daripada ancaman AI yang semakin berkuasa, termasuk terhadap kesihatan mental, keselamatan siber dan potensi penyalahgunaan dalam bidang senjata biologi.

Menurut Altman, individu yang dilantik akan terus ‘terjun ke medan paling sukar’ kerana perlu menilai serta mengurangkan ancaman baharu, selain bersiap siaga menghadapi keupayaan AI tahap hadapan yang boleh membawa risiko bahaya serius kepada manusia dan dunia.

Beliau mengakui tugas itu amat menekan, lebih-lebih lagi ketika sebahagian pakar memberi amaran AI berpotensi bertindak di luar kawalan manusia.

“Ini kerja yang penuh tekanan, tetapi peranannya amat kritikal untuk membantu dunia,” katanya.

Iklan jawatan itu muncul ketika tokoh industri teknologi sendiri mengeluarkan amaran terbuka.

Ketua Pegawai Eksekutif Microsoft AI, Mustafa Suleyman menyatakan mereka yang tidak berasa takut terhadap perkembangan AI ketika ini ‘sebenarnya tidak memberi perhatian sepenuhnya’.

Pengasas bersama Google DeepMind, Demis Hassabis pula memberi peringatan AI berisiko terkeluar dari landasan dan boleh memudaratkan manusia.

OpenAI turut berdepan beberapa cabaran undang-undang, termasuk saman berkaitan dakwaan kesan AI terhadap kesihatan mental pengguna selain menyatakan komitmennya mempertingkat latihan sistem AI supaya lebih peka terhadap tanda tekanan emosi pengguna.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN