DAMASCUS: Syria menahan lima individu yang disyaki mempunyai kaitan dengan insiden tembakan ke atas anggota tentera Amerika Syarikat (AS) dan Syria di bandar Palmyra, tengah Syria, pada Sabtu, menurut Kementerian Dalam Negeri pada Ahad. Dua anggota Tentera Darat AS dan seorang jurubahasa awam terbunuh apabila seorang penyerang mensasarkan konvoi pasukan AS dan Syria sebelum ditembak mati. Kementerian Dalam Negeri Syria menyifatkan penyerang itu sebagai anggota pasukan keselamatan Syria yang disyaki…










