Switzerland negara paling bijak di dunia

Switzerland negara paling bijak di dunia

SERAMAI 40 peratus penduduk Switzerland mempunyai ijazah sarjana muda dan 18.05 peratus memiliki ijazah sarjana. – AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ZURICH: Switzerland disenaraikan sebagai negara paling bijak di dunia selepas menduduki tempat pertama dalam satu kajian antarabangsa yang menilai tahap kecerdasan dan pencapaian pendidikan penduduk sesebuah negara.

Kajian yang dijalankan oleh World of Card Games itu mengambil kira beberapa faktor utama termasuk jumlah pencalonan Hadiah Nobel, purata skor IQ serta tahap pendidikan, khususnya pemilikan ijazah sarjana muda dan sarjana.

Switzerland memperoleh skor keseluruhan 92.02 daripada 100, dengan merekodkan 1,099 pencalonan Hadiah Nobel serta purata IQ penduduk sebanyak 99.24, selain mencatatkan kadar tertinggi pemilikan ijazah sarjana muda dalam kalangan negara yang dianalisis.

Menurut laporan itu, sebanyak 40.02 peratus penduduk dewasa Switzerland memiliki sekurang-kurangnya ijazah sarjana muda, manakala 18.05 peratus lagi mempunyai ijazah sarjana, menjadikannya peneraju dari segi pencapaian akademik.

United Kingdom berada di tempat kedua dengan skor 89.4, disokong oleh 2,393 pencalonan Hadiah Nobel, purata IQ 99.12 serta hampir 40 peratus penduduk dewasa memiliki ijazah sarjana muda.

Amerika Syarikat pula menduduki tempat ketiga dengan skor 89.18, selain mencatatkan jumlah pencalonan Hadiah Nobel tertinggi iaitu 5,717, di samping 38.57 peratus penduduk dewasa memiliki ijazah sarjana muda.

Negara-negara Eropah terus mendominasi senarai 10 teratas, termasuk Belanda, Belgium, Sweden, Jerman, Poland, Denmark dan Finland, dengan Finland mencatatkan purata IQ tertinggi, manakala Poland merekodkan kadar pemilikan ijazah sarjana tertinggi.

Pengasas World of Card Games, Holger Sindbaek berkata, pencapaian negara-negara berkenaan mencerminkan pelaburan jangka panjang yang konsisten dalam pendidikan dan penyelidikan, sekali gus membuktikan keupayaan membentuk masyarakat berpengetahuan tinggi melalui penekanan terhadap kualiti sistem pendidikan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN