SINGAPURA: Lebih S$7.1 juta (RM22.29 juta) penalti dikenakan terhadap 23,742 pengembara yang didapati mengelak daripada membayar duti dan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) di pusat pemeriksaan udara, darat dan laut dalam 10 bulan pertama 2025, menurut Kastam Singapura pada Isnin. Jumlah itu menunjukkan peningkatan ketara berbanding tempoh sama pada 2024 dan 2023, apabila masing-masing 13,099 dan 7,139 pengembara ditangkap dan dikenakan denda berjumlah S$3.47 juta (RM11.05 juta) dan S$2.3 juta…










