SEOUL: Seoul di Korea Selatan dinobatkan sebagai bandar termahal di dunia untuk aktiviti sosial dan riadah harian, sekali gus mengatasi bandar-bandar utama lain termasuk London yang tersenarai dalam kelompok 15 teratas. Tinjauan oleh Time Out melibatkan lebih 18,000 responden di lebih 100 bandar di seluruh dunia itu memberi tumpuan kepada kos untuk keluar bersosial seperti makan di luar, minuman, hiburan malam dan tarikan budaya, berbanding perbelanjaan asas seperti sewa rumah…










