SAN FRANCISCO: Sebuah gangguan besar bekalan elektrik melanda San Francisco, menyebabkan kira-kira 130,000 penduduk terputus bekalan dan mendorong pihak berkuasa bandar menggesa orang ramai untuk tinggal di rumah, menurut kenyataan rasmi dan penyedia utiliti. Sebahagian besar kawasan pusat teknologi Pantai Barat itu yang mempunyai populasi lebih 800,000 orang dilaporkan gelap gelita dengan gangguan pengangkutan awam serta banyak lampu isyarat yang tidak berfungsi pada hujung minggu membeli-belah Krismas yang sibuk. “Kami…










