MOGADISHU: Ribuan rakyat Somalia mengadakan protes besar-besaran di beberapa bandar dan pekan di seluruh negara itu bagi membantah pengiktirafan Israel terhadap wilayah Somaliland. Israel pada Jumaat lalu mengumumkan ia menganggap Somaliland yang mengisytiharkan kemerdekaan pada 1991 namun tidak pernah diiktiraf oleh mana-mana negara lain sebagai sebuah negara merdeka dan berdaulat. Presiden Somalia, Hassan Sheikh Mohamud mengecam langkah itu sebagai ancaman terhadap kestabilan di Tanduk Afrika. Beliau pada Selasa berlepas ke…










