BANGKOK: Penduduk Thailand dan Kemboja yang dipindahkan akibat pertempuran di sempadan kedua-dua negara masih bimbang pulang ke rumah masing-masing walaupun gencatan senjata diumumkan, berikutan ketiadaan jaminan keselamatan sepenuhnya daripada pihak berkuasa. Di sebuah universiti di wilayah Surin yang dijadikan pusat perlindungan sementara, seorang suri rumah, Kanlaya Somjettana berkata, dia enggan pulang walaupun pertempuran yang berlarutan selama beberapa minggu itu dihentikan secara rasmi pada Sabtu lalu. Katanya, walaupun ada penduduk yang…










