BEIJING: Pekerja di sebuah jawatankuasa kejiranan di China didapati mencetak imej wajah rakan sekerja mereka dan menggunakannya sebagai topeng untuk mengelak sistem daftar masuk yang menggunakan pengecaman wajah, sekali gus mengejutkan komuniti dalam talian. Menurut Wenzhou City Daily, seorang penduduk bernama Li membuat aduan terhadap beberapa kakitangan jawatankuasa di bandar Wenzhou, wilayah Zhejiang di timur China kerana menggunakan topeng wajah tersebut untuk membantu rakan lain ponteng kerja. Dengan memakai topeng…










