TEHERAN: Protes terbesar Iran dalam tempoh tiga tahun tercetus pada Isnin, selepas mata wang negara itu merosot ke paras terendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), selain peletakan jawatan ketua Bank Pusat. Televisyen negara melaporkan peletakan jawatan Mohammad Reza Farzin, manakala peniaga dan pemilik kedai berhimpun di Jalan Saadi di pusat bandar Teheran serta di kawasan kejiranan Shush berhampiran Bazar Besar. Peniaga di pasar tersebut memainkan peranan penting dalam Revolusi Islam…










