WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump bersedia mendedahkan keputusan ujian Pengimejan Resonans Magnetik (MRI) yang dijalani pada Oktober lalu. Trump memaklumkan perkara itu kepada wartawan dalam perjalanan dari Florida ke Washington pada Ahad. “Kalau anda mahu ia didedahkan, saya akan dedahkan,” kata Trump, sambil menegaskan keputusan MRI tersebut adalah “sempurna”. Namun, Rumah Putih masih belum menjelaskan sebab ujian MRI dijalankan atau bahagian tubuh yang diperiksa. Jurucakap White House, Karoline…










