WASHINGTON: Seorang hakim persekutuan Amerika Syarikat (AS) membenarkan Jabatan Kehakiman menerbitkan dokumen juri dalam kes jenayah melibatkan Ghislaine Maxwell, rakan rapat Jeffrey Epstein yang kini dipenjara atas kesalahan memperdagangkan gadis bawah umur bersama jutawan itu yang sudah meninggal dunia itu. Hakim Daerah AS, Paul Engelmayer di New York meluluskan permohonan Jabatan Kehakiman untuk membuka rekod tersebut di bawah undang-undang baharu yang mewajibkan Peguam Negara mendedahkan semua fail tidak sulit berkaitan…










