NEW DELHI: Satu insiden mencetuskan kemarahan meluas selepas Ketua Menteri Bihar, Nitish Kumar didakwa menarik niqab dan hijab seorang wanita Muslim ketika majlis rasmi kerajaan di Patna, Isnin lalu. Insiden itu dirakam dalam sebuah video yang tular di media sosial, memaparkan Kumar menarik niqab seorang doktor wanita ketika beliau menerima surat pelantikan sebagai pegawai perubatan perubatan alternatif. Tindakan itu berlaku di hadapan beberapa pegawai kerajaan lain yang berada di atas…










