OTTAWA: Air Transat, antara syarikat penerbangan terbesar di Kanada mula menggantung beberapa penerbangan secara berperingkat bermula Isnin menjelang mogok yang dirancang juruterbangnya. Kesatuan yang mewakili juruterbang syarikat itu mengeluarkan notis mogok 72 jam pada Ahad, mengumumkan juruterbang Air Transat akan berhenti hadir bekerja pada hari Rabu jika persetujuan kontrak tidak dicapai. Susulan notis mogok itu, syarikat penerbangan tersebut berkata, pihaknya akan secara berperingkat menghentikan operasinya bagi mengelakkan gangguan secara tiba-tiba…










