GAZA: Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin (UNRWA) mendedahkan rejim Zionis menahan sejumlah 6,000 lori sarat dengan makanan dan bantuan kecemasan, jumlah yang mencukupi untuk menampung keperluan Gaza selama tiga bulan. Muatan itu turut merangkumi ratusan ribu khemah dan selimut bagi 1.3 juta penduduk yang kehilangan tempat tinggal. Menurut Penasihat Media UNRWA, Adnan Abu Hasna, jumlah lori yang dibenarkan memasuki Gaza sememangnya meningkat sedikit berbanding sebelum…









