TEBING BARAT: Israel memusnahkan lebih 8,000 pokok, kebanyakannya pokok zaitun, di Tebing Barat dalam tempoh hanya seminggu. Menurut dokumentasi yang dikeluarkan Kementerian Pertanian Palestin, tindakan itu menyebabkan kerugian kewangan mencecah AS$7 juta (RM28.3 juta). Kementerian berkata, serangan itu dilakukan tentera Israel dan penduduk haram Yahudi bagi menjejaskan secara langsung sektor pertanian serta sumber keselamatan makanan di kawasan Palestin. Menurut laporan itu, kebanyakan serangan tertumpu di Tebing Barat bahagian utara dan…










