GAZA: Israel membunuh sekurang-kurangnya 706 ahli keluarga wartawan Palestin sejak bermulanyagenosid di Gaza pada Oktober 2023, menurut Kesatuan Wartawan Palestin. Jawatankuasa Kebebasan kesatuan itu dalam satu laporan yang dikeluarkan pada Sabtu menyatakan Israel secara sistematik menyasarkan keluarga wartawan sebagai sebahagian daripada apa yang digambarkan sebagai perang untuk menyekat laporan Palestin. Laporan tersebut menyebut serangan berkenaan merupakan satu strategi yang disengajakan, bukannya kematian yang berlaku secara kebetulan akibat peperangan. Keganasan Israel…









