HANOI: Kabus beracun menyelubungi ibu negara Vietnam selama lebih seminggu, menenggelamkan pemandangan bandar dan membuat penduduk sesak nafas. Kualiti udara di Hanoi merosot sehingga mencatat paras antara yang paling buruk di dunia pada Khamis. Bandar raya dengan sembilan juta penduduk itu berada di kedudukan kedua selepas New Delhi, India dalam senarai bandar paling tercemar oleh IQAir pada pagi Khamis, sebelum menunjukkan sedikit penurunan pada waktu petang. Menurut syarikat pemantauan dari…










