JAKARTA: Fosil prasejarah dikenali sebagai Java Man iaitu bukti pertama Homo erectus yang pernah ditemukan kini kembali ke tanah air selepas lebih 130 tahun berada di Belanda sejak era penjajahan. Fosil bersejarah itu mula dipamerkan kepada umum di Muzium Nasional Indonesia pada Khamis, sekali gus menandakan detik penting dalam usaha pemulangan khazanah warisan negara. Penemuan tersebut merangkumi serpihan tengkorak, sebatang gigi geraham dan tulang paha yang ditemui di sepanjang Sungai…









