LONDON: Britain membangunkan sistem pertahanan udara dan peluru berpandu mirip ‘Iron Dome’ bagi melindungi infrastruktur kritikal serta bandar-bandar utama negara itu daripada ancaman peluru berpandu dan dron Russia. Ketua Turus Pertahanan, Marshal Udara Ketua Richard Knighton berkata, keperluan terhadap sistem berkenaan semakin mendesak susulan peningkatan keupayaan dan kesediaan Moscow menggunakan peluru berpandu balistik serta peluru berpandu kruis. “Kami menyebutnya pertahanan udara dan peluru berpandu bersepadu. Selama lebih 30 tahun, Britain…










