MRAUK-U: Sekurang-kurangnya 31 orang maut dalam serangan udara oleh tentera Myanmar terhadap sebuah hospital di bandar Mrauk-U, negeri Rakhine barat, semalam, menurut seorang petugas bantuan yang berada di lokasi kejadian. Wai Hun Aung, petugas bantuan yang membuat laporan di tempat kejadian, berkata, keadaan sangat teruk dan menjangkakan angka korban bertambah dari semasa ke semasa. Serangan itu berlaku ketika junta Myanmar melancarkan ofensif besar-besaran menjelang pilihan raya yang dijadualkan berlangsung bulan…










