Vila usang Yasser Arafat jadi 'rumah sementara' penduduk Gaza

Vila usang Yasser Arafat jadi ‘rumah sementara’ penduduk Gaza

RUNTUHAN bangunan kediaman Yasser Arafat kini dijadikan tempat perlindungan penduduk Palestin di kejiranan Rimal di Gaza City.-AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GAZA: Kediaman bekas pemimpin Palestin, Yasser Arafat di Gaza musnah seperti kebanyakan bangunan lain di wilayah terkepung itu, namun sisa vila mewah tersebut kini turut menjadi tempat perlindungan bagi beberapa keluarga yang kehilangan tempat tinggal.

Rakaman AFPTV menunjukkan rumah itu yang dijadikan muzium selepas kematian Yasser pada 2004 dan dihiasi mural memperingatinya kini dikelilingi runtuhan.

Terletak di kawasan kejiranan Rimal di Gaza City, rumah tersebut rosak teruk akibat serangan udara Israel selama dua tahun perang tercetus.

Seorang profesor universiti, Ashraf Nafeth Abu Salem yang mencari perlindungan di rumah itu bersama keluarganya dan beberapa keluarga lain berkata, mereka mengambil inisiatif membersihkan runtuhan di halaman rumah berkenaan yang kebanyakan musnah dan terbakar.

Pintu besi yang menghadap ke jalan dari vila itu dihiasi poster Yasser memakai keffiyeh dan cermin mata hitam ikoniknya. 

Di belakangnya turut kelihatan gambar lebih kecil Presiden Pihak Berkuasa Palestin (PA), Mahmud Abbas.

Ketika ditemui wartawan, Abu Salem menyelak sebuah buku lama yang sudah menguning dan memaparkan potret Yasser.

“Kami tergolong dalam generasi Intifada pertama pada 1987. Kami membesar dengan membaling batu.

“Bagi kami, Presiden Abu Ammar ialah contoh dan simbol perjuangan nasional Palestin,” katanya merujuk kepada Yasser dengan gelaran yang digunakan para penyokong.

Tiga perempat bangunan di Semenanjung Gaza musnah dalam perang selama dua tahun itu, menghasilkan lebih 61 juta tan serpihan, menurut data PBB yang dianalisis AFP.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN