WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mendakwa beliau memainkan peranan penting dalam serangan mengejut Israel terhadap Iran pada 13 Jun lalu, yang menyasarkan kemudahan nuklear dan ketenteraan republik Islam itu. “Israel menyerang dahulu. Serangan itu sangat kuat. Saya benar-benar mengawal sepenuhnya serangan itu,” katanya ketika ditemui media di Washington semalam. Trump turut menggambarkan hari serangan itu sebagai ‘hari yang hebat buat Israel’, sambil menyatakan tindakan berkenaan memberi impak lebih…










