WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump meluluskan penjualan jet pejuang canggih F-35 kepada Arab Saudi, satu perubahan besar dalam dasar pemindahan senjata sensitif Washington ke rantau Arab. Pengumuman itu dibuat di Rumah Putih sehari sebelum Putera Mahkota Mohammed bin Salman dijadualkan mengadakan pertemuan rasmi dengan beliau. Trump ketika ditemui media menegaskan Washington menghargai hubungan erat dengan Riyadh. “Kami akan menjual F-35. Mereka mahu beli. Mereka sekutu yang hebat,” katanya.…










