WASHINGTON: Ahli Kongres Amerika Syarikat (AS), Marjorie Taylor Greene yang juga tokoh berpengaruh sayap kanan, mengumumkan meletak jawatan dari kerusinya, seminggu selepas Presiden, Donald Trump menarik sokongan terhadap bekas sekutu rapatnya itu. Dalam satu video yang dimuat naik secara dalam talian, ahli Kongres Republikan berusia 51 tahun dari Georgia yang dipilih pada 2020 itu berkata, beliau sentiasa ‘dibenci’ di Washington dan tidak pernah merasa diterima di sana. ‘Saya tidak mahu…










