TOKYO: Penumpang di Terminal 2 Lapangan Terbang Haneda, satu daripada lapangan terbang tersibuk dunia menghadapi kesulitan apabila sehingga 70 peratus tandas di terminal itu rosak pada Jumaat. Jurucakap pengendali lapangan terbang mengesahkan masalah sistem paip itu kepada AFP, dengan 51 daripada 144 kawasan tandas masih terjejas sehingga tengah hari. Punca masalah disahkan berpunca daripada gangguan elektrik pada pam air yang membekalkan kemudahan tersebut, menurut jurucakap Japan Airport Terminal yang enggan…










