Suspek wanita antara didakwa terlibat kes rompakan terbesar di Louvre

Suspek wanita antara didakwa terlibat kes rompakan terbesar di Louvre

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS: Seorang wanita berusia 38 tahun yang ditahan minggu ini berhubung rompakan barang kemas bernilai AS$102 juta (RM427 juta) di Muzium Louvre, dihadapkan ke hadapan majistret ketika pihak berkuasa Perancis terus membongkar kes kecurian paling mengejutkan dalam sejarah negara itu.

Wanita tersebut dilaporkan menangis ketika mengesahkan identiti dan alamatnya di kawasan pinggir bandar utara La Courneuve.

Dia didakwa atas kesalahan bersubahat dalam rompakan terancang dan konspirasi jenayah. Prosiding seterusnya dijalankan secara tertutup atas permintaan pihak pendakwa.

Polis Perancis kini menahan tujuh suspek berhubung kejadian rompakan yang berlaku pada siang hari bulan lalu, apabila sekumpulan pencuri bersenjatakan peralatan elektrik memecah masuk ke muzium paling dikunjungi di dunia itu dan melarikan diri dalam tempoh kurang daripada tujuh minit.

Menurut pihak berkuasa, dua lelaki yang ditahan lebih awal didakwa atas kesalahan mencuri dan berkonspirasi, selepas sebahagiannya mengaku terlibat dalam jenayah tersebut.

Seorang daripada mereka, lelaki warga Algeria berusia 34 tahun dikenal pasti melalui DNA yang ditemui pada skuter yang digunakan untuk melarikan diri, manakala seorang lagi pemandu teksi tidak berlesen berusia 39 tahun dari Aubervilliers, ditahan berhampiran rumahnya.

Polis percaya kedua-dua suspek itu melakukan pecah masuk manakala rakan sejenayah menunggu di luar dan mereka sebelum ini pernah dikenali pihak berkuasa kerana terlibat dalam kes kecurian lain.

Lima lagi suspek ditahan minggu ini di sekitar kawasan Seine-Saint-Denis, namun seorang daripada mereka  dibebaskan tanpa pertuduhan.

Peguam bela, Sofia Bougrine, mengkritik tindakan polis yang dianggap terlalu meluas, menyifatkannya sebagai tangkapan rambang yang melibatkan individu tanpa bukti kukuh.

Siasatan mendapati barang kemas yang dicuri masih belum ditemui, walaupun perompak itu sempat meninggalkan mahkota bertatahkan berlian dan zamrud milik Maharani Eugénie, isteri kepada Napoleon III, ketika melarikan diri.

Antara barangan lain yang masih hilang ialah rantai zamrud dan berlian yang dihadiahkan oleh Napoleon I kepada Maharani Marie-Louise, serta diadem bertatah hampir 2,000 berlian milik Maharani Eugénie. -AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN