KOH PHANGAN: Seorang pengusaha restoran di pulau peranginan terkenal Koh Phangan, Thailand, mengambil keputusan melarang kemasukan pelancong Israel selepas berbulan-bulan berdepan dengan sikap mereka yang dianggap biadab dan tidak menghormati peraturan tempat makan. Bob, pemilik restoran Pun Pun Thai Food, berkata dia sudah hilang sabar selepas beberapa pelancong Israel didakwa mengambil tisu dan perasa makanan tanpa izin, duduk di meja tanpa membuat pesanan, serta memotong barisan pelanggan lain. “Saya sudah…










