SINGAPURA: Singapura bakal melaksanakan hukuman enam hingga 24 sebatan terhadap penjenayah yang disabit kesalahan melakukan penipuan dalam talian. Hukuman rotan di Singapura sebelum ini hanya dikenakan bagi kesalahan berat seperti rogol, pengedaran dadah dan pinjaman wang haram dan terpakai kepada pesalah lelaki berumur bawah 50 tahun sahaja. Langkah terbaharu itu diperkenalkan ketika Singapura memperhebat usaha membanteras sindiket penipuan dalam talian yang menyebabkan kerugian lebih AS$2.8 bilion (RM11.6 bilion) di negara…










