KHARTOUM: Pasukan separa tentera Sudan, Rapid Support Forces (RSF) bersetuju dengan cadangan Amerika Syarikat (AS) dan beberapa kuasa Arab untuk melaksanakan jeda kemanusiaan serta mengadakan rundingan bagi menghentikan konflik bersenjata yang berlarutan lebih dua tahun. Dalam kenyataannya, RSF menantikan pelaksanaan perjanjian itu dan bersedia memulakan rundingan segera mengenai pengaturan penghentian permusuhan serta prinsip asas proses politik di Sudan. Namun, tentera Sudan menolak cadangan tersebut dengan menyatakan RSF akan ‘memperoleh kelebihan’…










