PARIS: Ribuan penunjuk perasaan di seluruh Perancis meredah cuaca sejuk bagi menyuarakan kemarahan terhadap keganasan berterusan terhadap wanita selain mendesak tindakan lebih tegas serta peruntukan dana lebih besar bagi menangani isu tersebut. Menurut penganjur, lebih 50,000 peserta berhimpun di jalan-jalan utama di Paris membawa plakad, menyanyi dan berarak melalui pusat bandar dalam demonstrasi anjuran kolektif Greve Feministe yang menghimpunkan lebih 60 organisasi. Antara plakad yang diedarkan kumpulan feminis NousToutes tertulis…










