BELÉM, Brazil: Rundingan COP30 PBB mengenai perubahan iklim terganggu pada Khamis selepas berlaku kebakaran di pusat persidangan, memaksa semua peserta dipindahkan ketika mereka bersiap untuk membincangkan perjanjian penting bagi memperkukuh usaha antarabangsa menangani krisis iklim. Menurut pihak penganjur, 13 individu dirawat akibat terhidu asap selepas kebakaran berlaku di kawasan pavilion pusat persidangan. Punca kebakaran dipercayai berpunca daripada peralatan elektrik, kemungkinan sebuah ketuhar gelombang mikro, menurut laporan pihak bomba tempatan. “Bomba…










