BANGKOK: Polis Sempadan Thailand memohon maaf selepas menyiarkan imej bantuan banjir yang diubah suai menggunakan kecerdasan buatan (AI), memaparkan pasukan penyelamat lengkap berpakaian tempur serta memegang senjata automatik di kawasan banjir di Hat Yai. Imej itu menimbulkan kekeliruan ketika selatan Thailand bergelut dengan bencana yang meragut sekurang-kurangnya 55 nyawa. Imej oleh Pasukan Polis Rondaan Sempadan 437 itu dimuat naik ke Facebook dengan kapsyen ‘pasukan sedia memasuki zon 8 hari ini’,…










