JAKARTA: Pihak berkuasa Indonesia menyiasat seorang pelajar berhubung insiden letupan yang mencederakan hampir 100 orang di sebuah sekolah berhampiran ibu negara semalam. Letupan berlaku di kawasan surau sekolah di Jakarta Utara ketika jemaah sedang berhimpun bagi menunaikan solat Jumaat, menyebabkan suasana panik dalam kalangan pelajar dan guru. Ketua Polis Negara, Jeneral Listyo Sigit Prabowo, berkata pasukan penyiasat telah menemui beberapa bahan bukti di lokasi kejadian, termasuk serbuk yang dipercayai boleh…










