WASHINGTON: Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS) di bawah pentadbiran Donald Trump mengeluarkan arahan baharu yang mencadangkan permohonan visa oleh individu berat berlebihan ke negara itu akan ditolak. Langkah tersebut merupakan sebahagian daripada dasar tegas imigresen yang diperkenalkan semula oleh Trump dalam penggal keduanya bagi mengawal kemasukan warga asing yang dianggap berisiko atau membebankan sistem negara. Menurut garis panduan berkenaan, obesiti disenaraikan bersama beberapa penyakit lain seperti penyakit jantung, pernafasan, barah,…










