New Mexico tawar program jagaan anak percuma

New Mexico tawar program jaga anak percuma

SEORANG kanak-kanak bermain semasa acara Rally for Childcare yang bertujuan mengembalikan dana untuk penjagaan kanak-kanak di Freedom Plaza di Washington.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAOS: New Mexico mencatat sejarah apabila menjadi negeri pertama di Amerika Syarikat (AS) yang menawarkan penjagaan kanak-kanak percuma kepada semua penduduk tanpa mengira pendapatan, dalam usaha meningkatkan ekonomi serta memperbaiki tahap pendidikan dan kebajikan mereka yang kini antara paling rendah di negara itu.

Di bawah program baharu ini, semua keluarga layak menerima baucar negeri bagi menampung yuran penjagaan kanak-kanak awam dan swasta. 

Lapor Reuters, inisiatif ini merupakan kemuncak kepada usaha berterusan New Mexico sejak 2019, selepas gabenor dan badan perundangan negeri menubuhkan Jabatan Pendidikan dan Penjagaan Awal Kanak-kanak (ECECD).

Langkah itu hadir ketika beberapa negeri, bandar dan daerah yang diperintah Demokrat turut mempertimbangkan dasar sama yang popular dalam kalangan keluarga bekerja. 

Sebagai contoh, Connecticut baru-baru ini meluluskan undang-undang yang menawarkan penjagaan percuma kepada keluarga berpendapatan di bawah AS$100,000 (RM419,018) setahun, manakala mereka yang berpendapatan lebih hanya perlu membayar maksimum tujuh peratus daripada pendapatan mereka. 

Di New York pula, calon Datuk Bandar, Zohran Mamdani mencadangkan program penjagaan kanak-kanak percuma sejagat.

Guru pendidikan khas dari Taos, Allyson O’Brien menjangkakan dapat menjimatkan kira-kira AS$12,000 (RM50,282) setahun dalam yuran penjagaan anak lelakinya, Otis, yang berusia hampir dua tahun setengah.

“Kami akhirnya boleh bercuti, dan tidak lagi perlu memilih bil mana hendak dibayar dahulu sama ada gas propana atau bayaran rumah,” katanya.

Sebelum ini, keluarga O’Brien tidak layak untuk program penjagaan percuma kerana pendapatan gabungan beliau dan suami, Shawn O’Kelly, seorang pemandu lori, sedikit melebihi had kelayakan iaitu AS$129,000 (RM540,533) setahun bagi keluarga empat orang.

Bagi mencapai sistem penjagaan kanak-kanak sejagat sepenuhnya, kerajaan negeri menganggarkan perlu menambah hampir 14,000 tempat penjagaan baharu dan merekrut 5,000 pendidik tambahan.

New Mexico turut menubuhkan tabung pinjaman berfaedah rendah bernilai AS$12.7 juta (RM53.21 juta) bagi membina dan memperluas kemudahan penjagaan kanak-kanak. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN