MEXICO CITY: Presiden Mexico, Claudia Sheinbaum, sekali lagi menolak ancaman Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, yang memberi amaran akan melancarkan tindakan ketenteraan terhadap kartel dadah di wilayah negara itu, sambil menegaskan perkara tersebut tidak akan berlaku. “Adakah saya mahu melancarkan serangan di Mexico untuk hentikan dadah? Tiada masalah bagi saya. Apa sahaja yang perlu dilakukan untuk menghentikan dadah,” kata Trump pada Isnin, sambil menambah beliau tidak berpuas hati dengan…









