KAHERAH: Mesir menolak cadangan pasukan asing untuk menguruskan Semenanjung Gaza dengan menegaskan rakyat Palestin tidak akan menerima sebarang bentuk pentadbiran atau kawalan keselamatan asing di wilayah tersebut, sambil menyifatkan cadangan terkini Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, sebagai tidak realistik. Dalam satu temu bual televisyen, Ketua Perkhidmatan Maklumat Negara Mesir (SIS), Diaa Rashwan menjelaskan pelan yang dicadangkan oleh Trump itu memisahkan antara pentadbiran Gaza dengan pasukan kestabilan antarabangsa, yang dikatakan…










