Mangsa buli belanja RM2.7 juta ubah wajah jadi ‘tercantik di dunia’

Mangsa buli belanja RM2.7 juta ubah wajah jadi ‘tercantik di dunia’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TOKYO: Seorang lelaki dari selatan Jepun membelanjakan lebih 100 juta yen (RM2.7 juta) untuk pembedahan plastik bagi menukar penampilannya menjadi ‘individu tercantik di dunia’.

Allen, 33, dari wilayah Kochi, pernah teruk dibuli semasa persekolahan kerana ketawa dan personalitinya yang lembut, menurut laporan media tempatan.

Rakan sekelasnya didakwa mengabaikan mejanya semasa waktu pembersihan, menyebarkan nota berniat jahat dan juga mencucuk kepalanya dengan kompas.

Kesannya, Allen memberontak dan mula mencuri basikal serta motosikal, sehingga dimasukkan ke pusat tahanan juvana.

Selepas dibebaskan, Allen yang berusia 18 tahun membuat keputusan drastik untuk menjalani pembedahan dan membuktikan kepada pembuli bahawa mereka silap.

“Jika saya menjadi orang tercantik di dunia, saya menang. Kanak-kanak lelaki dan perempuan yang membuli saya akan menua,” kata Allen.

Dia memulakan pembedahan hidung, mulut dan mata, dengan membelanjakan kira-kira 15 juta yen (RM409,000), sebelum berangkat ke Tokyo untuk membuat kemunculan pertamanya di rancangan aneka ragam.

Pada 2015, Allen mendedahkan dia sudah menjalani lebih 200 pembedahan.

Sejak itu, transformasinya diteruskan dengan prosedur seluruh badan, termasuk pada pinggul, kaki dan belakang, menggunakan rawatan seperti terapi laser dan sedut lemak.

Allen kini mengejar kecantikan ala boneka, dan sering berkata dalam temu bual dia merancang untuk menjalani pembedahan sepanjang hayatnya.

Menurut laporan, dia membelanjakan lebih 100 juta yen untuk prosedur pembedahan, dengan dana diperoleh daripada penyokong.

Allen mendedahkan sejak berusia 17 tahun, lima atau enam individu kaya, lelaki dan wanita, menyokongnya secara kewangan, termasuk menanggung perbelanjaan hidupnya setiap bulan.

Sebagai balasan, beliau menghabiskan masa bersama mereka, menemani makan, membeli-belah dan menghadiri majlis.

Allen turut berkongsi gambar dan kehidupannya di media sosial, di mana beliau mengumpul lebih 335,000 pengikut.- AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN