TOKYO: Jepun mengeluarkan amaran tsunami pada Ahad selepas gempa bumi berukuran 6.7 magnitud melanda kawasan pesisir Pasifik utara negara itu. Gempa itu berlaku sekitar pukul 5.03 petang (waktu tempatan) di perairan berhampiran wilayah Iwate, mendorong Agensi Meteorologi Jepun (JMA) mengeluarkan amaran kemungkinan tsunami setinggi sehingga satu meter. Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS) pula menganggarkan kekuatan gempa itu pada 6.8 magnitud. “Amaran tsunami dikeluarkan bagi pantai Iwate. Ombak boleh tiba pada…










