WASHINGTON: Isu pembunuhan kolumnis Jamal Khashoggi kembali mencetuskan perhatian apabila Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed bin Salman (MBS) ditanya soalan sensitif itu ketika bertemu Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump di Rumah Putih, kelmarin. Lawatan itu merupakan yang pertama oleh Mohamed ke AS sejak insiden pembunuhan tersebut berlaku pada 2018. Kes Khashoggi yang ketika itu menggemparkan dunia Arab dan mencalar reputasi Arab Saudi, dibangkitkan semula apabila seorang wartawan bertanya mengenai…










