MEXICO CITY: Grecia Quiroz, isteri kepada Datuk Bandar Uruapan, Carlos Manzo, yang dibunuh secara terang-terangan ketika sambutan Hari Orang Mati mengangkat sumpah sebagai penggantinya pada Rabu, dengan tekad meneruskan perjuangan menentang jenayah terancang. Pelantikan Quiroz disokong sebulat suara oleh Kongres Negeri Michoacan, menjadikannya pengganti rasmi mendiang Manzo di Uruapan, sebuah bandar yang terkenal sebagai pusat pengeluaran avocado di Mexico. “Hari ini saya datang dengan hati yang hancur kerana mereka telah…










