GENEVA: Hampir sejuta botol susu bayi dan kira-kira 1.6 juta picagari masih dihalang daripada memasuki Gaza oleh pihak berkuasa Israel. Menurut Tabung Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF), sekatan itu menyukarkan agensi bantuan untuk menyampaikan keperluan kritikal kepada kanak-kanak di wilayah tersebut, termasuk melaksanakan kempen imunisasi besar-besaran yang tertangguh akibat perang sejak dua tahun lalu. Jurucakap UNICEF, Ricardo Pires berkata, pihaknya berdepan kesukaran untuk membawa masuk lebih sejuta picagari ke Gaza,…










