TEHERAN: Iran menolak dan menyifatkan dakwaan Amerika Syarikat (AS) dan Israel mengenai negara itu merancang membunuh duta Israel ke Mexico sebagai sesuatu yang ‘tidak masuk akal’. Jurucakap Kementerian Luar Iran, Esmaeil Baghaei berkata, Teheran percaya tuduhan tersebut merupakan usaha Israel untuk merosakkan hubungan baik Iran dengan negara lain melalui fitnah tidak berasas. Menurut laporan media Barat, pegawai kanan AS dan Israel mendakwa Pasukan Quds, cabang operasi luar Kor Pengawal Revolusi…










