‘Hanya PA mampu stabilkan Gaza, Tebing Barat’

‘Hanya PA mampu stabilkan Gaza, Tebing Barat’

MOHAMMAD MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RAMALLAH: Pihak Berkuasa Palestin (PA) menyatakan Ramallah wajar diberi peranan utama dalam mengurus Gaza selepas perang, selain yakin pihaknya berada dalam kedudukan terbaik untuk berbuat demikian walaupun berdepan tentangan kerajaan Israel pimpinan Benjamin Netanyahu.

Perdana Menteri Palestin, Mohammad Mustafa berkata, ‘hanya PA, dengan sokongan antarabangsa, mampu memulihkan kestabilan di Gaza dan Tebing Barat’.

Sebahagian besar komuniti antarabangsa menyokong PA menggantikan Hamas sebagai pentadbir Gaza, namun Israel terus menghalang peralihan tersebut dengan mendakwa PA korup dan menyokong keganasan.

Pentadbiran Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump, turut mengkritik PA dan sebelum ini melarang Presidennya, Mahmoud Abbas, menghadiri Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA).

Mustafa menekankan cabaran besar dihadapi PA termasuk sekatan 1,000 pos pemeriksaan tentera Israel di Tebing Barat yang menyekat pergerakan rakyat Palestin serta menjejaskan ekonomi.

Beliau juga mendakwa Israel menahan dana berjumlah lebih AS$3 bilion yang sepatutnya disalurkan kepada PA.

Katanya, kekurangan dana menyebabkan pekerja sektor awam tidak menerima gaji penuh selama 13 bulan dalam tempoh tiga tahun, manakala guru-guru mengadakan mogok sehingga menangguhkan sesi persekolahan.

Beliau turut menyalahkan dasar perbankan baharu Israel yang menghalang PA daripada mendepositkan lebih AS$4.6 bilion, menyebabkan krisis tunai parah. Kadar pengangguran di Tebing Barat mencecah 35 peratus selepas lebih 200,000 rakyat Palestin kehilangan pekerjaan.

Mustafa berkata, PA sudah mempunyai 35,000 kakitangan di Gaza, termasuk guru, doktor dan anggota keselamatan yang boleh menjadi asas kepada pentadbiran baharu di wilayah itu.

Beberapa ribu lagi kakitangan dilatih di Jordan dan Mesir untuk ditempatkan di Gaza.

Mustafa turut menyatakan kesediaan PA menjemput pasukan keselamatan antarabangsa bagi membantu menstabilkan Gaza.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN