NAIROBI: Hampir separuh penduduk Sudan Selatan kini berdepan kebuluran akut ketika bantuan kemanusiaan yang diterima berada pada tahap paling rendah sejak negara itu merdeka, menurut Oxfam pada Rabu. Pertubuhan kebajikan berpusat di United Kingdom itu berkata, hanya 40 peratus daripada pelan bantuan kemanusiaan Sudan Selatan bernilai AS$1.6 bilion (RM6.61 bilion) bagi tahun 2025 telah diterima, susulan negara-negara Barat mengurangkan peruntukan bantuan mereka. Oxfam melaporkan hampir enam juta rakyat Sudan Selatan…










