JAKARTA: Gempa bumi berkuasa 6.6 skala Richter menggegarkan pulau Simeulue, di barat Sumatera, pada Khamis, namun tiada laporan kerosakan atau amaran tsunami dikeluarkan setakat ini, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS). Gempa yang berlaku pada 11.56 pagi waktu tempatan pada kedalaman 25 kilometer itu menyebabkan penduduk bertempiaran keluar dari rumah dan bangunan sebaik gegaran dirasai. “Saya sedang duduk di kedai kopi, tiba-tiba meja bergoyang. Ramai orang berlari keluar dari bangunan…










