Garisan sempadan Sahara Barat dipadam untuk pengguna Google Maps Maghribi

Garisan sempadan Sahara Barat dipadam untuk pengguna Google Maps Maghribi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RABAT: Garisan putus-putus pada Google Maps yang menandakan sempadan Sahara Barat dengan Maghribi dipadam untuk pengguna di negara Afrika Utara itu pada Sabtu, sehari selepas undian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memihak kepada pelan Rabat bagi wilayah dipertikaikan tersebut.

Majlis Keselamatan PBB (UNSC) pada Jumaat menyokong pelan Maghribi untuk Sahara Barat, wilayah yang menjadi perebutan selama beberapa dekad antara Rabat dan gerakan kemerdekaan Sahrawi, Polisario Front yang disokong Algeria.

Menurut pemerhatian AFP, garisan putus-putus yang menggambarkan sempadan itu masih kelihatan untuk pengguna di luar Maghribi termasuk di Algeria, Amerika Syarikat (AS) dan Perancis.

Di media sosial seperti X dan Facebook, ramai pengguna di Maghribi menyambut baik penghapusan penandaan tersebut.

“Garis khayalan itu tidak lagi wujud,” tulis seorang pengguna.

Sahara Barat ialah bekas koloni Sepanyol yang luas dan kaya mineral, kebanyakannya dikawal Maghribi tetapi sejak sekian lama dituntut oleh Polisario Front yang memperjuangkan kemerdekaan.

Majlis Keselamatan sebelum ini menggesa Maghribi, Polisario Front, Algeria dan Mauritania menyambung semula rundingan untuk mencapai persetujuan menyeluruh.

Namun, atas inisiatif pentadbiran Presiden AS, Donald Trump, resolusi majlis itu menyokong pelan yang mula dikemukakan Rabat pada 2007 yang membenarkan Sahara Barat menikmati autonomi di bawah kedaulatan tunggal Maghribi.-AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×