RABAT: Garisan putus-putus pada Google Maps yang menandakan sempadan Sahara Barat dengan Maghribi dipadam untuk pengguna di negara Afrika Utara itu pada Sabtu, sehari selepas undian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memihak kepada pelan Rabat bagi wilayah dipertikaikan tersebut. Majlis Keselamatan PBB (UNSC) pada Jumaat menyokong pelan Maghribi untuk Sahara Barat, wilayah yang menjadi perebutan selama beberapa dekad antara Rabat dan gerakan kemerdekaan Sahrawi, Polisario Front yang disokong Algeria. Menurut pemerhatian…










